Friday 28 December 2012

Taubat Seorang Hamba (2)

Taubat seorang hamba....

Dahulunya...hati itu kotor....
diri itu penuh dengan dosa...
diri itu mempelajari agama...tapi tidak digunakan...
diri itu hebat agama,tapi tidak diendahkan...
diri itu terleka dan terlena dengan keindahan duniawi...
dalam mengharungi alam keremajaan,diri itu terleka dengan keindahan kasih sayang hamba yang bernama 'Lelaki'...
di saat itu...indahnya melayari bahtera cinta..
tanpa memikirkan banyaknya dosa di alam percintaan...
di dalam keremajaan juga...
hati terlalu kotor....
kata2 nasihat tidak pernah diendahkan...
kononya dah dewasa...dah pandai menjaga diri...
orang tua diketepi...
seronoknya ketika itu....diri merasakan bahagia sungguh bersama kawan2...
berjalan bersama,ketawa bersama,bersorak bersama,mengumpat bersama....
Ya Allah...terlalu jauh diri itu denganmu pada saat itu....
di saat remaja, kawan2 lah yang pertama...ketawa berdekah2, xkira orang lain memandang...
seronok mengumpat sana...mengumpat sini....tanpa memikirkan sedikit pun dosa...
kononnya mengumpat itu dosa kecil di sisi agama...
Ya Allah...ceteknya pemikiran ketika itu...

Hari semakin hari...umur semakin meningkat...fikiran semakin matang...
dalam mengharungi alam perkerjaan...
diri itu mengharungi terlalu banyak dugaan..
dugaan penatnya mencari rezeki untuk keluarga...
dugaan penatnya berhadapan dengan insan2 yang bermuka2..
dugaan sakitnya diumpat,dikutuk,dikata...oleh rakan sekerja...
dugaan sakitnya mengahadapi saat perpisahan dengan seorang lelaki yang amat disayangi...
dugaan peritnya hati bagai ditoreh2...saat melihat kebahagiaan insan yang disayangi mencipta kebahagiaan dengan orang lain...janji yg dicipta...ditinggal begitu sahaja...
oh Tuhan..hanya engkau yang mengetahui apa yang dirasa ketika saat itu terjadi...
hanya engkau yang mengetahui sakit peritnya perasaan menanggung semua dugaan itu dalam satu masa...
di saat diri tidak tahu untuk mengadu nasib pada siapa...
dan ketika itulah diri menangis di atas tikar sejadah...
tangan ditadah,memohon keampunan atas segala dosa yang dilakukan...
di atas sejadah terlihat segala dosa2 yang telah dilakukan...
di atas sejadah air mata mengalir...mengenangkan nasib diri...
apa yang mampu dilakukan saat itu hanya mampu bersabar dan berdoa serta berdoa...

Hari yang sedih berlalu pergi...kini diri percaya, di atas rasa sabar dan doa yang tidak henti2...
diri mendapat kekuatan kembali sedikit demi sedikit...Allah memberi kan kebahagiaan sedikit demi sedikit juga buat diri itu...apa dipinta,satu persatu diperkenankan...
hati mulai sedar dan nampak satu persatu dosa dan khilaf diri yang pernah dilakukan dahulu..
kini...di saat menunaikan tanggungjawab padaNYA, diri itu rasa terlalu kerdil...
terlalu tidak sempurna...terlalu kotor...tapi DIA tidak pernah melupakan hambanya itu...malah DIA menambah kesempurnaan pada hambanya yang kerdil itu...

Semakin hari,diri itu mulai sedar...segala yang terjadi mempunyai hikmah tersendiri...
Allah melimpahkan kasih sayang pada hambanya...
Allah memberi rezeki yang lebih pada hambanya...
Ya Allah..besar sungguh rahmatmu...sesungguhnya rahsiaMu itu terlalu indah...

Tidak tahu mengapa hati semakin tertarik untuk mendekat kan diri padaNYA..
hati semakin mudah menerima segala teguran yang diberi oleh insan sekeliling...terutama kedua orang tua...
hati semakin menyayangi kedua orang tua...
hati semakin mudah untuk menghulurkan bantuan pada insan2 yang memerlukan...
hati terlalu ingin mempelajari tentang agama serta mendalaminya...
hati semakin dekat untuk melangkahkan kaki ke rumah Allah...
hati semakin kuat untuk mengurang kan dosa2 yang masih tidak sengaja dilakukan...
Ya Allah...adakan ini yang dinamakan hidayah yang engkau berikan...

Dalam doa ku....aku meminta semoga taubatku diterima Allah...
semoga cintaku padaNYA lebih tinggi dari cintaku pada hambaNYA..
semoga rinduku padaNYA lebih tinggi dari rinduku pada hambaNYA...
Ya Allah...engkau berilah sekeping hatiku ini pada seorang insan yang mampu menjaganya dengan seikhlas hati...semoga insan yang bakal menjaganya menyintaimu lebih dari dirinya menyintaiku...aminn... -_-

Wednesday 19 December 2012

DIAM AKU..


Bismillahirahmanirahim…

Diam aku bukanlah kerana ingin menjauh daripadamu…
Diam aku bukanlah kerana tidak menyayangimu...
Diam aku bukanlah kerana membencimu...
Diam aku bukanlah kerana tidak merinduimu...

Sungguh aku ingin sekali dekat denganmu...
Setiap masa,setiap detik...tapi aku tidak mampu kerana antara kita terhalang dengan satu perhubungan yang tidak halal...
Sungguh aku sangat meyayangimu...tapi apakan dayaku,tidak mampu untuk meluah semua rasa itu...hanya kerna aku seorang wanita...
Sungguh aku tidak pernah membencimu...kerna engkau yang terbaik yang pernah aku jumpa...
Sungguh aku sangat merinduimu....tapi tidak mampu untukku ucapkan...hanya mampu meluahkan rasa rndu itu pada yang maha ESA...

Aku ingin kau tahu...
Kadang kala diam aku...
Kerana aku ingin kau selalu mengingati aku....tapi aku tidak nampak itu..
Diam aku kerana...aku ingin lihat keikhlasan hati kamu dengan aku....tapi aku tidak nampak itu...
Diam aku kerana aku belajar untuk menyintai sang PENCIPTA terlebih dahulu,sebelum aku memberikan cintaku pada hambanya...
Diam aku kerana aku memikirkan dosa-dosa silam ku terhadap sang PENCIPTA...
Adakah DIA akan mengampunkan segala dosa yang pernah aku lakukan dahulu dan kini??, sengaja dan tidak sengaja??
Diam aku kerana aku ingin mengalirkan airmata keinsafan di tikar sejadah..bersujud menghadap sang PENCIPTA memohon keampunan di atas dosa yang terlalu banyak...
Diam aku juga kerana aku menyandarkan rasa kasih sayang dan rindu di hati yang tersimpan buatmu,pada sang PENCIPTA...kerna aku tidak mampu meluahkan padamu secara terangan...
Diam aku kerana aku ingin belajar menjauh darimu...agar saat terpisahnya kita satu hari nanti tidak terlalu kecewa buat ku...
Dan diamku juga kerana aku ingin mencari di mana cinta dan rinduku buat sang PENCIPTA...ingin ku tanam kan rasa cinta dan rindu ini di tempat yang paling tinggi...melebihi dari rasa cinta dan rinduku buat hambaNYA...

Itulah erti kata sebenar diam aku buatmu...

Saturday 15 December 2012

MENCARI KEIHLASAN HATI...

Bismillahirrahmanirrahim...

Ikhlas...
yerrr entri aku pd kali ni tentang ikhlas...
ikhlas ker kita??
ikhlas ni termasuk dlm byk skop...
ikhlas kepada allah...
ikhlas pd diri sndri....ikhlas dlm perhubungan antara kawan2...
dan banyak lagi...pernah ke kita terfifkir??
ikhlas ker diri kita dalam segala hal??
mungkin kita xpernah fikir..krn kita sibuk dgn menilik hal org lain dpd menilik tentang diri sendiri...betol x??
1 hal yang plg utama,adakah kita ikhlas melakukan segala tanggungjawab kita pd allah?

solat...ikhlas ker kita dlm melakukan solat?? ikhlas kerana allah atau ikhlas kerana manusia? untuk menunjuk2 pada manusia?? terpulang pada niat masing2...
cuba kita renungkan seketika...seandainya kita menunaikan solat pn hanya menunjuk2 baik pd manusia...atau pn terpaksa melakukannya...kat mna letaknya ikhlas 2 dlm hati kita?
kalau tggjwb pd allah pn hati dah xikhlas...bgaimna utk kita ikhlaskan hati untuk perkara2 yang lain?? setiap perkara yang kita lakukan...mestilah didhului dgn allah dahulu..bila dgn allah baik dan sempurna kita lakukan...maka baik dan sempurna juga lah urusan kita pd yang lain2...tapi kalau urusan kita pd pencipta sendiri pon dah xsempurna...bagaimana urusan yg lain nk sempurna...

Memang benar setiap manusia itu tidak sempurna,dan byk melakukan kesilapan dan dosa...setiapa manusia tetap ada melakukan dosa..tp sebagai manusia..sentiasa lah sedar diri..dan bermuhasabah diri...
dimana letaknya diri kita ketika ini?? berapa banyak dosa yang kita lakukan dlm 1 hari??
pernah x kita fikir..setiap hari pasti kita akan melakukan dosa...contohnya mengumpat..xkira lelaki atau pmpn..sama sje..bila mengata mmg seronok,tp diri sendiri lebih teruk xpernah nmpak..sbb ape?? sbb xpnh nk muhasabah dri sndri...jgn fikir kita baik dimata mnusia...kita juga baik dimata allah...

balik pada topik utama...keikhlasan...
kadang2 aq mencari dimana keikhlasan diri aku pada allah...dan pada insan2 yg aq sayangi...
DAN dimana keikhlasan insan yg aq sayangi pd aq??
fikir dan dikir...baru aq sedar,mungkin keikhlasan diri aq xsempurna lagi pd sang pencipta...
dan sebab itu juga aq belum menemui keikhlasan yg sempurna dpd seorang insan yg aku cari2 selama ini....
subhanallah...
aq terlalu mengejar keikhlasan manusia untuk aq...sedangkan keikhlasan aq padaNYA belum cukup sempurna...maaf kan aq ya Allah...aq lalai dan aq leka seketika...

Dimana keikhlasan dalam persahabatan??
orang kata sahabat yang baik tidak akan pernah jemu untuk menasihati...
sahabat yang baik sentiasa akan bersama walau dalam keadaan susah atau senang sekalipn...
sahabat yang baik,sentiasa memberi sokongan fizikal dan mental...
sahabat yang baik tidak akan tikam belakang...walau hati merasa cemburu pada kelebihan sahabatnya...
itulah sebenar2 shabat..dan itulah sahabat yang paling ikhlas dlm perhubungan...
ya!! aku dah jumpa seorang sahabat seperti ini...dia lah sahabat dunia dan akhirat..
aku bersyukur krn allah menemukan aq sahabat sepertinya...dia tidak pernah jemu memberi nsihat pd aku,
walaupn selalu mengadu msalah padanya...bkn tidak ada dugaan dlm hbgn kami...ada...kami juga bergadoh,bertekak..tp antara kami dah mcm adik beradik...mmg xboleh gadoh lame...pasti ada kerinduan di hati masing2...terima kasih ya allah kerana engkau kurnia kan aku seorang sahabat yg benar2 ikhlas seperti ini...terima kasih sahabat..kerana engkau sentiasa bersamaku...engkau selalu berkongsi segala2nya dengan ku...semoga allah membalas segala kebaikan kau sahabat...
sahabat seperti ini hanya ada 1 dalam 10...sangat2 susah nk jumpa...
kita bley ada rmai kwn...tp belum tntu kwn2 kita itu akn bersama kita bila kita susah...
dan blm tntu shbat2 kita 2 akn memberi nsht n smgt pd kita...plg tidak kita akan dgr kata2 kondem dpd shbt kita utk mslah yg kte kongsi dgn die...ikhlas ker shabat spt itu???

Dimana keikhlasan dalam perhubungan??
perhubungan ni bley dikatakan perhubungan antara lelaki dan perempuan mungkin...
bagi yang ada pasangan..cuba fikirkan sekejap,benarkah pasangan kita tu ikhlas dengan kita??
jika ikhlas,bagaimana cara dia menjaga kita?? bagaimana cara dia membahagiakan kita??
bagaimana cara dia menjaga hati dan perasaan kita?? adakah sambil lewa...atau dia benar2 ambil tahu tntang diri kita?? jika kita bertemu dengan seseorang yang benar2 nampak keikhlasan dirinya terhadap kita...alhamdulillah...tp adakah ikhlasnya itu bukan lakonan semata2?? terlalau byk kita perlu fikirkan untuk menilai kaikhlasan seseorang terhadap diri kita...
jalan terbaik adalah berdoa,semoga insan yang kita temui adalah insan yang benar2 ikhlas tergadap diri kita.
Bila seseorang itu tidak mengambil endah pd kita,sedarlah...itu bukan lg keikhlasan namanya...tapi adalah permainan semata2...

Ada 1 situasi yang pernah terjadi pd seorang hamba allah...
di mana dia mengenali seorang insan,dan mula berkawan dengan ikhlas terhadap insan itu..
sentiasa memberi kata semangat di saat insan itu mempunyai masalah...
insan itu pula mempunyai pengalaman yang agak menyedihkan...di mana org kesayangannya meninggal kan dia dan berkahwin dgn insan lain...oleh kerana terlalu kecewa,dia menutup hatinya pada insan2 lain...
hamba allah yang ikhlas ni dtg dalam hidupnya..dan sentiasa memberi nasihat dan smgt pd insan tersebut,
lama kelamaan mereka berkawan perasaan bertukar menjadi sayang...lalu hamba allah yg ikhlas menyuara kan rasa hatinya pd insan tersebut...insan tersebut mengakui bhawa die suka pd hamba allah ini...tapi perasaannya hanya terbatas antara suka dan cinta...suka bukanlah bermakna cinta...dan cinta bukanlah bermakna suka..
akhirnya mereka menjalinkan hubungan mereka sebagai sepasang kekasih...hamba allah yang ikhlas ini menjaga perhubungan mereka dengan sebaik mungkin...tp apa yang dilakukan oleh insan yg disayangi ni...
dia melayan hamba allah ini seperti biasa shaja...mereka keluar bersama,jalan bersama,tapi hatinya masih pada org lama...telefon dan message pula hanya satu dua sahaja..hamba allah ini hanya bersabar dengan sikap insan ini...dia cuba bertahan kerana rasa sayangnya...tp insan ini tidak pernah sedar dirinya disayangi seseorang yg mungkin lebih baik dah lebih berharga...hanya dinamakan pasangan kekasih...harapan diberi...tapi tiada layanan seperti seorang kekasih...

Dalam situasi begini,dptkah kita fikirkan di mana letaknya keikhlasan dlm diri insan yg disayangi tadi??
adakah dia ikhlas sepertimana hamba allah ni ikhlas menerima dia??
ikhlas atau mempergunakan??
ikhlas atau sekadar melepas rasa dendam??
ikhlas atau melepaskan rasa bosan??
ikhlas atau hati memang benar2 xboleh menerima org lain kerana msh menyayangi org lama??

Itulah kesilapan manusia yg plg utama...bila meyayangi akn terlalu meyayangi,dan meletakn harapan yg terlalu tinggi pd seorang manusia biasa yg belum tntu boleh menunaikan janji2nya..
ya!! memang sakit dan perit sangat bila ditinggalkan org yg disyangi,lalu org itu berkahwin dgn insan lain...kita menyaksikan kebahagiaan org yg kita syg dgn insan lain...memang sakit...mcam becerai kot rasanya...wallahualam...tapi sebagai manusia biasa,mahu xmahu kita kena terima hakikat dan kenyataan yang
org disayangi itu mmg tidak ada jodoh dengan kita...dan kita perlu lepaskn dia utk kebahagiaan dia..memang sakit utk terima kenyataan hidup...tp cuba lah fikir secara waras,bahawa kita akan ditemukan dgn seorang insan yg lebih baik dr dia...jangan mengikut perasaan sampai mengunci hati sendiri utk insan lain...bila kita terlalu ingat org lama memag boleh jd sawan...dia bahagia,kita gila...mahukah kita seperti itu?? belajar melepaskn..mungkin itu lebih baik...in shaa allah...
1 lagi hal,bila datangnya seseorang untuk berada dalam hati kita...tanya pada hati,adakah hati kita benar2 boleh menerima dirinya dalam hati kita?? jika tidak bersedia untuk menerima,lebih baik jgn menerima...dpd menerima,tapi dlam ms yg sama kita mempermainkan perasaan dia..itu lebih zalim...jika tidak menerima pula,tolonglah jangan memberi harapan palsu pd org lain...itu juga di anggap permainan hati...
sanggup ke kita melukakan hati org yg ikhlas berkawan dgn kita??

Terlalu banyak sikap manusia yg xdpt kita rungkaikan...ada yg kecewa,lalu mendendami dgn mempermainkn org lain...untuk apa yer?? kalau lah org yg kita kecewakan tu adalah jodoh kita...mcmna?? kalau org yg kita permainkan 2 adalah org yg benar2 baik dan benar2 ikhlas dgn kita...?? sanggup ker kita?? memang benar...terlalu sukar mencari keikhlasan dlm dri seseoramg...
krn manusia adalah pelakon di pentas dunia...manusia yang bermuak2 terlalu ramai...
Sebab itu lah mengejar cinta allah lebih mulia dpd mengejar cinta manusia yg xpndai menghargai ksh syg...
sesungguhnya...allah telah janji kan pd hamba2nya...bg sesiapa yg tidak ditemui jdoh di dunia..allah telah tetapkan jdohnya di syurga...in shaa allah...