Wednesday, 19 December 2012

DIAM AKU..


Bismillahirahmanirahim…

Diam aku bukanlah kerana ingin menjauh daripadamu…
Diam aku bukanlah kerana tidak menyayangimu...
Diam aku bukanlah kerana membencimu...
Diam aku bukanlah kerana tidak merinduimu...

Sungguh aku ingin sekali dekat denganmu...
Setiap masa,setiap detik...tapi aku tidak mampu kerana antara kita terhalang dengan satu perhubungan yang tidak halal...
Sungguh aku sangat meyayangimu...tapi apakan dayaku,tidak mampu untuk meluah semua rasa itu...hanya kerna aku seorang wanita...
Sungguh aku tidak pernah membencimu...kerna engkau yang terbaik yang pernah aku jumpa...
Sungguh aku sangat merinduimu....tapi tidak mampu untukku ucapkan...hanya mampu meluahkan rasa rndu itu pada yang maha ESA...

Aku ingin kau tahu...
Kadang kala diam aku...
Kerana aku ingin kau selalu mengingati aku....tapi aku tidak nampak itu..
Diam aku kerana...aku ingin lihat keikhlasan hati kamu dengan aku....tapi aku tidak nampak itu...
Diam aku kerana aku belajar untuk menyintai sang PENCIPTA terlebih dahulu,sebelum aku memberikan cintaku pada hambanya...
Diam aku kerana aku memikirkan dosa-dosa silam ku terhadap sang PENCIPTA...
Adakah DIA akan mengampunkan segala dosa yang pernah aku lakukan dahulu dan kini??, sengaja dan tidak sengaja??
Diam aku kerana aku ingin mengalirkan airmata keinsafan di tikar sejadah..bersujud menghadap sang PENCIPTA memohon keampunan di atas dosa yang terlalu banyak...
Diam aku juga kerana aku menyandarkan rasa kasih sayang dan rindu di hati yang tersimpan buatmu,pada sang PENCIPTA...kerna aku tidak mampu meluahkan padamu secara terangan...
Diam aku kerana aku ingin belajar menjauh darimu...agar saat terpisahnya kita satu hari nanti tidak terlalu kecewa buat ku...
Dan diamku juga kerana aku ingin mencari di mana cinta dan rinduku buat sang PENCIPTA...ingin ku tanam kan rasa cinta dan rindu ini di tempat yang paling tinggi...melebihi dari rasa cinta dan rinduku buat hambaNYA...

Itulah erti kata sebenar diam aku buatmu...

No comments:

Post a Comment