Apa yang dikatakan dengan Cinta Tarik Tali??
errmmm....sebenarnya CTT nii bley dikatakan dengan cinta...tapi tak ada kata putus antara satu sama lain...
bila ditanya kan tentang status perhubungan,biasanya memang tiada jawapan..kenpaa??
bagaimana CTT ni bley terjadi?? apa puncanya??
Bagi aku, CTT ni terjadi mungkin kerana pasangan uda dan dara ni memendam perasaan sayang masing2..malu untuk menyatakan bahawa mereka sebenarnya saling sayang menyayangi...ATAU pun....
salah seorang daripada pasangan uda dan dara ni sebenarnya ada agenda lain...sama ada mereka telah mempunyai pasangan lain,dan CTT ni hny untuk suka2,main2...untuk lepas bosan jerr..mungkin kan??
selain dari 2,mungkin juga mereka ni mempunyai kenangan silam yang menyakitkan...sehingga diri mereka rasa terlalu takot untuk memberi sayang pada insan lain...mereka takot kasih sayang yang diberi,xdihargai pasangan...mereka takot,mereka akan dikecewakan sekali lagi...jadi lebih baik berkawan sahaja dulu tanpa kata putus apa-apa walau pun hati mereka sebenarnya saling sayang-meyayangi...TAPI...tahu tak mereka2 ni...CTT ni membawa kesan positif dan negatif ??
Okey...kita lihat dari pandangan NEGATIGnya dahulu...apa yang negatifnya??
Yerr...ramai yang mengatakan pasangan yang menghadapi situasi CTT ni berada dalam zon BAHAYA..
kenapa?? ni jawapannya... :
1) Pasangan yang berada dalam situasi CTT,perlu mengambil risiko BROKEN HEART ...
-Individu tidak tahu apa status perhubungan antara dirinya dan pasangannya itu...boleh jadi hanya dirinya
sahaja yang merasakan sayang pada pasangan,tapi pasangannya tidak merasakan apa-apa..pasangannya
hanya anggap sebagai kawan biasa seperti 'Teman Tapi Mesra'. Jadi bagi anda2 yg berada dalam situasi
ini sila lah berhati2 dan bersedia untuk menerima jawapan dari pasangan anda untuk mengata kan "Maaf,
saya xpernah rasa sayang pada awak...antara kita xpernah ada apa-apa dan saya hanya anggap awak
seperti kawan biasa sahaja." See?? boleh ker awak2 terima jawapan ni?? omegod...sedihkan...kalau
jawapan ni diberi dari pihak perempuan,mungkin seorang lelaki akan lebih kuat...tapi kalau jawapan ini
keluar dari mulut lelaki?? Ya Allah..malunya wanita itu...pasti rasa lebih sedih dan malu kan...macam
bertepuk sebelah tangan pula kan...
2) Pasangan CTT tidak ada HAK apa-apa antara satu sama lain...
-Yes! thats right..bila dalam perhubungan itu tiada kata putus...ini lah risiko yang paling xseronok..
individu tidak berhak untuk marah2, cemburu2 dan nak tahu segala privacy tentang pasangan kita...seperti
pasangan ke mana, dengan siapa dan lain-lain...xseronok kan?? nak marah, merajuk mintak pujuk pon
x boleh...sebab dia bukan sesiapa untuk diri kita...kalau kita marah tak tentu pasal, bersedia lah untuk
terima jawapan yang menusuk kalbu anda... "Kau siapa nak marah aku?? kau bukan bf/gf aku kan?." time
itu pasti kita sendiri akan terdiam dengan kebenaran kata2 dia... :) selain dari itu, kita juga tidak berhak
untuk menghalang atau mengetahui,dengan siapa dia berkawan...lelaki atau perempuan...saat itu apa yang
tinggal?? Hanya Tinggal Tanda Tanya..errrkkk!!! :'(
3) Pasangan CTT mengambil risiko DIPERMAINKAN...
-Bila hubungan tiada kata putus,maka antara uda dan dara berhak untuk berkawan dengan sesiapa
sekalipun tanpa pengetahuan kita, dan dalam diam pasangan juga boleh menjalinkan hubungan dengan
sesiapa pun dan diri kita akan dijadikan tempat lepas bosan, dan tempat untuk bermain-main sahaja...
saat itu individu yang ditipu akan rasa tertekan , marah dan sedih...
4) Pasangan CTT terpaksa MEMENDAM PERASAAN...
-Ksian tak?? bila dalam perhubungan tiada apa2 kata putus, pasangan uda dan dara ini terpaksa
memendam perasaan...apa yang dirasa seperti sayang dan rindu dipendam dalam hati..kerana xmampu
untuk meluahkan pada pasangan hanya kerana status perhubungan yang tidak jelas. Seronok ker begini??
5) Pasangan CTT TERLEPAS ORANG YANG DISAYANGI...
-Oleh kerana individu sentiasa memendam perasaan, dan tidak berani untuk mengadakan hubungan yang
serius, kemungkinan besar, individu yang berada dalam situasi CTT ini akan kehilangan orang yang
di sayanginya...kerana antara mereka sentiasa akan berhadapan dengan ramai orang lagi..di tempat
kerja, atau di tempat lain yang mungkin akan mereka jumpa secara tidak sengaja, dan di saat ini
jika orang yang dijumpainya itu lebih baik, lebih elok, serta lebih sempurna dari pasangan CTT nya..
tidak mustahil hati seseorang itu akan mula berubah kepada orang yang baru ditemuinya...
dan akan pudar lah rasa sayang pada pasangan CTT nya itu...terfikir atau tidak?? cuba renungkan.. :)
Banyak lagi perkara2 negatif yang terdapat dalam situasi CTT ini...tapi aku cuma dapat rungkaikan sebahagian sahaja...sekarang kita lihat pula pada pandangan POSITIF nya individu yang berada dalam situasi CTT ini..antaranya ialah :
1) MENJAGA BATAS PERGAULAN...
-Dengan keadaan ini, pasangan CTT dapat menjaga batas pergaulan antara satu sama lain, tidak terlalu
berlebihan dalam perhubungan seperti pasangan2 lain yang seronok bercinta sehingga melalaikan...hanyut
dalam arus percintaan sendiri yang belum tentu menjadi kepunyaan diri...
2)MENGAWAL EMOSI..
-Dalam situasi ini, individu dapat belajar bagaimana untuk mengawal perasaan diri terhadap insan yang kita
sayangi...contohnya seperti, mengawal perasaan cemburu buta terhadap pasangan, mengawal fikiran
negativ terhadap pasangan, mengawal sikap ego dalam diri dan lain2 lagi..bagaimana kita boleh mengawal?
Sedar atau tidak, bila kita sayang pada seseorang, kita sanggup lakukan apa sahaja untuk pasangan
walaupun sesusah mana sekalipun...jadi, dalam situasi ini, individu akan dapat mengawal segala
perasaannya pada pasangan kerana rasa sayang yanga ada sdalam diri. Individu akan cuba untuk
berfikiran positif,serta menurunkan ego yang ada dalam diri untuk mendapatkan insan yang dia sayang...
3) MEMUPUK SIKAP PERCAYA MEMPERCAYAI
-Dalam sebuah perhubungan yang tiada kata putus nya, kita tidak akan mampu untuk mengetahui privacy
pasangan berlebihan, jadi antara dia dan diri kita adalah jauh, dalam masa itu, kita belajar untuk
mempercayai apa yang dikatakan pasangan...tapi AWAS!! jangan sampai percaya 100% hingga ditipu
hidup-hidup..merana badan nanti... :)
Ini lah perspektif positif yang dapat kita lihat...jadi apa jalan penyelesaian bagi situasi CTT ini?? :
1) BERTERUS TERANG..
-Seeloknya berterus teranglah dengan pasangan..jika suka, katakan suka, jika sayang katakan sayang
tidak perlu lah rasa takot dengan perasaan sendiri..atau rasa takot dengan kenangan silam..
kerana mungkin apa yang Allah beri depan mata itu yang terbaik buat diri kita...bila kita berterus terang,
antara kita pasti akan lebih mengenali serta lebih dekat..tapi AWAS!! jangan sampai melanggar
syariat dalam agama islam... :)
2) JANGAN BERHARAP...
-Yes!! individu tidak digalakan untuk terlalu berharap dengan pasangan, agar hati tidak terluka 1 ketika
nanti...pesan pada akal untuk sampaikan pada hati, bahawa dia bukan hak kita, dia kepunyaan Allah..
dia belum tentu menjadi milik kita...jadi kita haruslah berwaspada untuk mengharungi situasi CTT ini..
mungkin juga situasi ini salah satu ujian kesabaran yang Allah beri pada kita...dan INGAT! jika dia
milik kita, sejauh mana pun dia berlari, dia akan kembali menjadi hak kita, tapi jika dia bukan
milik kita, sedekat mana pun dia dengan kita, dia tetap akan terpisah dengan kita..
3) MENJAGA PERHUBUNGAN..
-Apa yang boleh dilakukan jika kita berada dalam situasi CTT ini adalah menjaga perhubungan...
jaga batas2 pergaulan...jagalah perhubungan antara satu sama lain selagi boleh seperti menjaga
perwatakan diri ketiaka bersama, tidak terlalu berkasar, tidak mementingkan diri sendiri, dan lain2..
dalam keadaan ini, antara kita dan dia cuba lah untuk saling tegur mengegur jika ada yang silap, saling
meminta maaf pada pasangan...dan saling membimbing antara satu sama lain...
cuba untuk menjadi pasangan yang terbaik, jika kita tidak bersama dengan dia sekalipun, kita boleh
gunakan sikap2 yang baik ini untuk pasangan yang mungkin terbaik untuk kita...mungkin juga untuk
jodoh kita...kan..??
4) BERDOA & TAWAKAL...
-Jika kita menyayangi pasangan CTT itu...ingat lah dia dalam setiap doa2 kita, selitkan sedikit nama dia
dalam setiap doa kita...IN SHA ALLAH, doa kita diberkatinya..Allah maha mendengar setiap doa
hambanya..tidak salah jika kita mendoakan kesihatan dia serta keselamatan dia, bila dia sihat kita pasti
seronok melihat kebahagiaan dan senyuman dia apabila bersama kita... :) selepas berdoa, bertawakal
lah kepada Allah, agar hatinya sentiasa dipelihara olehNYA, agar dirinya sentiasa dilindungi dari perkara2
yang buruk..lepaskan dia untuk Allah menjaganya..
5) MENJAGA HATI DAN PERASAAN SENDIRI...
-Kadang-kadang pasangan CTT ini terlalu sibuk untuk mengetahui tentang orang yg disayanginya itu,
terlalu banyak berfikir, sentiasa risaukan pasangan, sentiasa mencurigai pasangan, terlalu menjaga hati
perasaan pasangan sehingga hati dan perasaan sendiri tidak terjaga...
pernah tak kita terfikir, kita sibuk tentang diri dia, adakah dia juga sibuk tentang diri kita?
kita risau tentang diri dia, adakah dia juga sama begitu...kemungkinan besar tidak...
seeloknya kita jaga lah hati dan perasaan kita sendiri dahulu, fikirkan sedikit kemungkinan2 yang akan
berlaku pada masa akan datang, mungkin dia akan melukai kita...adakah kita dapat terima??
jadi jaga lah perasaan kita..jangan terlalu memikirkan tentang pasangan sehingga mengaibaikan perasaan
sendiri...bukankah kita sudah ada Allah untuk menjaga hati dan perasaanya?? biar kan..lepaskan segalanya
pada Allah untuk jaga dia buat pasangannya...
6) PERBAIKI HUBUNGAN DENGAN ALLAH...
-Kita sibuk menjaga hati dan perasaan orang yg kita sayang...tapi dia belum tentu menjadi milik kita, dan
sedar tak, adakah dia juga akan menjaga hati dan perasaan kita selama2nya? adakah dia tak akan tinggal
kita apabila dia jumpa seseorang yang lebih baik dan lebih sempurna dari kita 1 hari nanti?? wallahualam..
hanya Allah yang mengetahui hati dan perasaanya yang sebenar..
jadi?? kenapa kita perlu sibukan diri dengan menjaga dia??adakah dia yang akan berada bersama kita saat
kita terluka dan kecewa?? tidaaakk...
Seeloknya kita cuba perbaiki hubungan kita dengan Allah dahulu...dah sempurnankah kah tanggungjawab
kita pada pencipta kita sendiri?? adakah diri kita dah boleh terjamin masuk ke syurga Allah?? antara
pahala dan dosa, yang manakah lebih berat timbangannya?? pernah tak kita terfikir semua ini?? mungkin
tidak...jadi sebelum kita ditemukan dengan pasangan yang sebenar2 nya,seeloknya lah kita perbaiki
hubungan kita dengan yang maha ESA dahulu...dan IN SHA ALLAH kita akan dapat apa yang kita
impikan... :)
Jadi...itulah sedikit coretan tentang kebaikan,keburukan dan penyelesaian tentang Cinta Tarik Tali ini...
apa2 pun bagi awak-awak yang berada dalam situasi CTT ini, berhati-hati lah...jagalah hati..dan belajar untuk perbaiki diri sendiri,serta hubungan denganNYA dahulu..sebelum kita mendapat pasangan yang baik dan menjaga pasangan dengan baik...apa yang dicoretkan hanyalah pesanan buat pembaca2 serta diri sendiri juga...tidak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia..sekian wassalamu.. :)
Nice entry...:)
ReplyDeleteThnk u cik aishah.. :)
DeleteSangat bermanfaat. Sangat jelas. Bravo!
ReplyDelete(^_^)
Sy hanya menyampaikan apa yg sy nampak dan apa yang perlu kita sama2 buat...sekadar kongsi rahsia hati... :)
Deleteawak..kena dekat saya..:(
ReplyDeleteSabar yer awak....kite perempuan kne kuat dan bersabar...selalu ingat Allah yerr..in sha Allah dia akn membantu kita... :)
Delete